Syarat dan Ketentuan
Silakan baca syarat dan ketentuan kami sebelum booking.
NOTIS: TERMA & SYARAT PENTING UNTUK SESI FOTOGRAFI ANDA
Pelanggan yang dihormati,
Sebagai persediaan untuk sesi fotografi anda yang akan datang, kami ingin berkongsi beberapa terma dan syarat penting bagi memastikan sesi berjalan lancar dan pengalaman anda bersama kami lebih menyeronokkan.
1. Pengesahan Tempahan
• Tempahan anda akan disahkan setelah bayaran diterima. Anda akan menerima pengesahan melalui WhatsApp dan e-mel.
2. Polisi Penjadualan Semula
• Sekiranya anda perlu menukar tarikh atau masa sesi, sila maklumkan melalui whatsapp sekurang-kurangnya 72 jam lebih awal sebelum waktu sesi yang dijadualkan pada hari berkenaan.
• Setiap pelanggan dibenarkan untuk menjadualkan semula sekali sahaja di bawah polisi ini iaitu 72 jam sebelum waktu sesi yang ditempah. Permintaan penjadualan semula seterusnya mungkin tertakluk kepada syarat tambahan atau bayaran.
3. Polisi Pembatalan
• Pembatalan yang dibuat 96 jam sebelum tarikh tempahan akan menerima bayaran balik deposit penuh
. Pembatalan yang dibuat selepas tempoh kurang daripada 96 jam sebelum tarikh tempahan tidak akan menerima bayaran balik deposit penuh.
4. Masa Ketibaan
• Kami mohon agar anda tiba sekurang-kurangnya 30 minit lebih awal sebelum sesi fotografi bermula.
• Sila hadir tepat pada masanya untuk sesi anda. Ketibaan lewat mungkin mengakibatkan masa sesi dikurangkan tanpa bayaran balik.
• Kegagalan mematuhi masa yang ditetapkan boleh menyebabkan deposit tidak dikembalikan.
. Kami tidak menerima alasan apa pun yang menyebabkan kelewatan pihak anda ke studio termasuk jalan jem.
5. Pakaian
• Sila hadir dengan satu set pakaian lengkap untuk sesi fotografi anda.
6. Peraturan Studio
• Sila hormati ruang studio dan peralatan. Sebarang kerosakan yang disebabkan oleh kecuaian pihak anda dan keluarga akan dikenakan bayaran sewajarnya.
. Bergambar bersama haiwan perliharaan seperti kucing dibenarkan dan pelanggan harus memastikan keselamatan haiwan perliharaan dan jika berlaku kerosakan dan kecuaian disebabkan oleh haiwan perliharaan, anda akan dikenakan kos ganti rugi sewajarnya.
7. Hak Fotografi
• Studio berhak menggunakan gambar yang diambil semasa sesi untuk tujuan promosi melainkan dipersetujui sebaliknya.
8. Liabiliti
• Studio tidak bertanggungjawab ke atas barang peribadi. Sila simpan barang berharga anda dengan selamat semasa sesi anda.
9. Permintaan Khas
• Untuk sebarang permintaan khas, sila maklumkan kepada kami sekurang-kurangnya 48 jam lebih awal. Kami akan cuba sedaya upaya untuk menyesuaikannya mengikut keperluan anda.
.
10. Maklumat Hubungan
• Untuk sebarang pertanyaan atau kebimbangan, sila hubungi kami melalui WhatsApp di : +60126877144
Terma dan syarat ini diwujudkan bagi memastikan setiap pelanggan menerima pengalaman dan perkhidmatan terbaik daripada kami. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau memerlukan penjelasan lanjut, sila hubungi kami pada bila-bila masa.
Terima kasih kerana memilih Studio Light Moment. Kami teruja untuk merakam momen-momen istimewa anda ✨